Saturday, August 4, 2012

Ayuh Bangkit Selepas Terjatuh!

ramai diantara kita yg sering mengatakan hidup ini terlalu susah,perit,meletihkan dan sebagainya..
tetapi berapa ramai yg sedar sebenarnya kita telah pun mencapai terlalu banyak kenikmatan yg telah Allah anugerahkan kpd kita..

saat diberikan keputusan prestasi yg mendukacitakan,mendapat keputusan peperiksaan yg menyedihkan ramai diantara manusia menyalahkan takdir,sedangkan itulah apa yg telah mereka usahakan,
jika kecil usahanya ,maka kecil juga markahnya...

Bahkan,setelah itu ada pula yg mula berputus asa,
padahal baru mencuba buat pertama kali,sudah membuat andaian diri tidak mampu...
jauhilah dari sikap ini yg akan merosakkan perancangan hidup kita...
kita perlu merancang dlm kehidupan tetapi jgn kita lupa bahawa sebaik-baik perancang
adalah Allah S.W.T.

Jadi hari ini berapa ramai diantara kita yg ingin berubah??
untuk menjadi lebih baik dari kehidupan kini..
berapa orang yg ingin lebih sihat,lebih bahagia,lebih cerdik,dan lebih tenang?

kita perlu lakukan perubahan!!
untuk kita dapatkan sesuatu kita perlu buat sesuatu,
untuk kita buat sesuatu kita perlu jadi sesuatu..
untuk menjadi manusia yg lebih baik daripada hari ini
kita perlu melihat dunia dalaman kita..
kerana dunia luaran kita adalah cermin dunia dalaman kita,
dunia dalaman kita terdiri drp:
fikiran,emosi,rohani dan sikap kita..

apabila kita mengubah dunia dalaman kita,
maka dunia luaran kita,
kesihatan,kecerdikkan,kebahagiaan dan ketenangan akan kita capai!!
InsyaAllah!